Tokoh Sasterawan Negara
----------------------------------------
MALAYSIA ---------------------------------------
Sasterawan
Negara adalah gelaran yang diberikan kepada pejuang-pejuang seni kesusasteraan
tanah air oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerusi Anugerah
Sastera Negara (ASN). Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan
bertaraf negara kepada tokoh sasterawan yang masih hidup yang menulis dalam
Bahasa Melayu. Seseorang itu layak diberi pengiktirafan ini berdasarkan
kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh barisan panel penilai anugerah
dimana ahli-ahli panel ini dilantik oleh YAB Perdana Menteri yang terdiri
daripada kalangan cerdik pandai bidang kesusasteraan, kebudayaan, kemasyarakatan,
keagamaan dan lain-lain yang mengikuti serta memahami perkembangan dan kemajuan
sastera. Tokoh Sasterawan Negara menurut penilaian panel adalah berdasarkan
sumbangan yang cemerlang yang telah diberikan dalam perkembangan kesusasteraan
tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang
bermutu tinggi. Sejak terlaksananya program pengiktirafan ini dari tahun 1981
sehingga sekarang, seramai 12 orang tokoh sasterawan telah menerima Anugerah
Sastera Negara.
Senarai 12 orang Tokoh Sasterawan Negara dari tahun 1981 hingga 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan