ENTRI BLOG 3: “Manis kerana Gula”
Sekarang
ini gula menjadi begitu popular. Dimana saja orang akan bercakap mengenainya.
Baik di kedai makan mahupun rumah. Apatah lagi subjek ini menjadi lebih luas
sebaik saja Bajet 2014 dibentangkan. Subsidi dikurangkan lagi kepada 34 sen.
Itulah kesnya. Sebenarnya barang kawalan ini seringkali menjadi isu utama tidak
kira sama ada ia dimasukkan dalam pembentangan bajet negara ataupun tidak.
Tetapi satu perkara yang jelas adalah kenapa gula menjadi begitu dominan dalam
masyarakat Malaysia? Siapakah “gula” ini sebenarnya? Satu perkara yang agak
subjektif untuk dibincangkan kerana ia adalah barang keperluan bukannya
manusia. Dari segi maksud gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak
dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai
lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat
yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!
Jelasnya gula adalah pemanis dalam masakan atau minuman tapi bukan dalam kehidupan
seharian. Maksudnya?
Setiap
orang pasti akan berasa tidak selera untuk menjamah makanan sekiranya tiada unsur
rasa atau rasa tawar itu wujud dalam makanan ataupun minuman. Kita tidak dapat
menikmati sesuatu makanan atau minuman itu dengan lazat. Bukannya garam itu
tidak membantu tetapi adakah wajar untuk kita memakan makanan yang masin setiap
hari? Bolehkan kita bertahan? Pastinya penyakit lebih banyak dihidapi oleh
masyarakat kerana kekurangan zat dalam badan. Hakikatnya, kemanisan itu juga
sebenarnya membantu masyarakat mencari penyakit. Berdasarkan alasan yang
digunakan dalam pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri baru-baru ini,
peningkatan subsidi disebabkan penyakit kencing manis atau diabetes kini
menjadi ancaman utama negara. Laporan kesihatan yang dikeluarkan juga
menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai pesakit diabetes yang tertinggi di dunia.
Walau bagaimanapun, punca utama bukannlah daripada gula semata-mata tetapi pengambilan
karbohidrat yang tinggi dan juga kurang bersenam oleh masyarakat. Mahu atau
tidak masyarakat perlu menerima kenyataan tersebut.
Selain faktor obesiti yang turut menjadi punca kepada penyakit diabetes ini, penggunaan gula dalam kehidupan seharian juga memainkan peranan penting sehinggakan penyakit ini berada pada tahap yang berbahaya. Bagaimana penggunaan gula yang menjadi sebahagian daripada bahan perasa dalam masakan ini boleh menjadi satu faktor kepada salah satu pembunuh utama masyarakat Malaysia? Jawapannya ada pada kita sendiri. Tepuk dada tanya selera. Kalau dah 27 sudu teh sehari dalam penggunaan harian, macam mana tak dapat penyakit? Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan, dalam masa lima tahun lagi dianggarkan kira-kira lima juta rakyat negara ini menghidap penyakit yang berkaitan dengan gula.Pengerusi Kebangsaan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Dato’ Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pada masa sama kerajaan turut membelanjakan sejumlah wang untuk merawat pesakit terbabit. Perkara macam ini boleh dielak sebenarnya kalau kita tahu cara penggunaan gula itu dalam diet harian.
Berbalik
pada perkara ini juga, apabila timbul sesuatu isu berkenaan gula, ramai akan
melatah walhal perkara itu adalah normal. Kesnya bermusim. Maklumlah nama pun
Malaysia. Dengan pengurangan subsidi ke atas barang utama masyarakat ini, maka
akan timbul pula cerita mengenai bekalan gula tidak mencukupi. Kenapa setiap
kali harga gula dinaikkan, barang tersebut akan berkurangan? Jawapan ada pada
pengeluar dan pembekal. Kadangkala perkara ini disebabkan oleh mentaliti orang
kita juga yang bimbang bahawa barang tersebut akan habis maka diborong
sepuas-puasnya. Lebih menghairankan apabila harga minyak diumumkan naik, tidak
ada pula isu minyak tidak cukup malah berpusu-pusu orang ramai ke stesen minyak
untuk mengisinya sehari sebelum harga dinaikkan. Tapi bekalan tidak pernah
putus. Alahai gula! Manis engkau berbisa.
Mengikut
tinjauan yang dilakukan oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
terhadap krisis bekalan gula pada tahun 2009/2010, terdapat beberapa sebab dan
berikut adalah jumlah undi untuk tinjauan tersebut.
2.
Manipulasi
oleh pemborong = 21.4%
3.
Pembelian
panik pengguna = 10.7%
4.
Manipulasi
oleh pengilang gula = 7.8%
5.
Penggunaan
gula bersubsidi oleh industri =
5.8%
6.
Penyeludupan
ke negara jiran = 5.8%
Sungguhpun
begitu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Komunikasi Dan Kepenggunaan sentiasa
melakukan proses penambahbaikan, langkah-langkah pemulihan dan pemantauan
berkaitan penyeludupan apabila membabitkan krisis bekalan gula ini. Sejauhmana
keberkesanan daripada langkah yang diambil, kita hanya boleh menunggu dan
melihat. Tetapi apa yang pasti, cukup ataupun tidak, sakit ataupun sihat, gula
tetap akan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat seharian. Baik atau
buruk gula, kita tetap mahukannya. Namun, apa yang lebih baik adalah kurangkan
manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. Kesihatan lebih terjamin!